angin malam bawa laguku
tentang hati yang tak henti merindu
kasih yang telah hilang
hanyut dibawa arus
engkau yang terindah
kenangan mengusik
hilai tawamu gemersik
sepanjang hidupku
cuma punya kamu
prahara menerjah
muka bumi berubah
duniaku musnah
kau tak mungkin kembali
( inspirasi daripada lagu Lara Hati - Katon Bagaskara)
Showing posts with label random. Show all posts

Thursday, July 23, 2015
Tuesday, July 21, 2015
Takziah buat hati yang masih punya percaya
Menulis.
menulis mengenai kamu adalah kekuatan aku. kelemahan aku.
menulis mengenai kamu bererti aku masih punya kamu.
menulis mengenai kamu ketika kamu sudah jauh pergi bererti aku masih berharap kamu akan kembali.
Harapan.
tinggi harapan aku untuk kamu kembali seperti dulu, seperti waktu kamu masih mencintai aku. waktu kau sering ada cuba menceriakan hidup aku. aku menyimpan harapan untuk kau lakukan apa yang sedang kau lakukan bersama perempuan itu dengan aku. bukan dengan dia.
Nasib.
apalah nasib aku. nasib yang tidak baik sering menimpa aku. nasib sedih yang sama berulang-ulang menjengah. kau tipu aku. ternyata cinta kamu itu dusta semata. ternyata kau cuma bermain kata. cinta itu jika benar, mana mungkin hilang begitu sahaja? mana mungkin berganti begitu cepatnya?
Penipu.
kau penipu yang mempermainkan perasaan aku. penipu yang dahulu selalu ada denganku, membohongi hari-hariku dengan janji manis. penipu yang dulu aku pernah cintai.
Masih.
aku masih teringatkan kamu. mengenangkan nasib siapa yang akan kamu tipu seterusnya.

Tuesday, October 14, 2014
Mainan hati
Mencintai kamu itu
Rasanya seperti menikmati aiskrim kegemaran aku ketika aku sedang demam selesema
Sekadar memenuhi keinginan di hati
Tapi rasa, tiada.
Malah menyesakkan.

Friday, September 26, 2014
Persaingan
Aku adalah seseorang yang tidak gemarkan persaingan. Dari kecik lagi.
Contohnya zaman Backstreet Boys (BSB) famous dulu, aku sebenarnya suka Nick Carter. Tapi aku jadi bengang sebab ramai sangat perempuan suka dia jugak. RAMAI SANGAT. Lalu aku pun beralih arah dekat Howie D.
Samalah macam sekarang. Aku suka kau. Tapi ramai sangat perempuan suka kau jugak. Kau pun suka ramai sangat orang. Maaflah tapi aku bab-bab macam ni memang tamak sikit. Aku tamak kasih sayang dan cinta kau. Aku tak sanggup kongsi. Jadi nak taknak aku relakan je kau pergi.
Sakit melepaskan tu ada. Tapi sakit bertahan tu, sumpah, lagi seksa.

Thursday, September 11, 2014
Lari (part i)
Kadang-kadang ada benda yang elok kita tak cakap, walaupun kita rasa macam nak sangat cakap, tapi demi menjaga hati pihak lain ada eloknya kita pendam sahaja.
Contohnya satu hari ketika aku sedang berlari di taman tiba-tiba aku terdengar sekumpulan manusia yang sering aku lihat di tempat yang sama setiap petang bercakap sesama mereka,
"Dia ni setiap petang lari doh. Power betul",
dan tentulah aku tersengih kerang sebentar dengan statement tersebut.
Tapi itu yang aku dengar lah. Aku tak tahu (ini anggapan je) kalau selepas aku dah chow dari situ dia sambung cakap,
"Tapi tak kurus-kurus pun",
atau,
"Dah la pakai tudung sama je".
Tapi lantaklah. Aku tak dengar pun dia cakap macam tu kan, walaupun ada kebenarannya. Kihkih.

Monday, September 1, 2014
When walking alone can make me smile
because my mind was made of you
that's when I know
That my feeling is true.
I am starting to fall in love with you.
Sunday, August 31, 2014
Selfish
Kadang-kadang walaupun perasaan yang ada pada ketika itu adalah perasaan yang kurang menyenangkan, kita lebih rela untuk terus hanyut dibuai perasaan itu daripada mengetahui perasaan itu adalah suatu perasaan yang sia-sia.
Kerana bagi kita, tiada cinta yang sia-sia.
Semuanya harus membawa makna.
Wednesday, August 6, 2014
Forcing myself to write again
Dah puasa. Dah raya. Sudahnya macam-macam cerita ada. Dan untuk entah kali ke berapa, aku kembali jatuh cinta.
Dan cinta itu juga macam biasa.
Punah dan binasa.
Sebenarnya aku tak kisah pun putus cinta lagi, tapi cuma aku harap kali ini cinta yang sudah terputus itu tak akan menggugat persahabatan kami. The price you have to pay when you fall in love with your friend.
Tapi itu bukan main point cerita aku. Aku cuma nak cerita betapa kasihnya Tuhan tu dekat hambaNya, jahat mana pun seseorang tu bila dia berdoa meminta sesuatu pada Allah, Allah makbulkan. MasyaAllah. Terasa kerdil dan hina bila orang yang banyak dosa macam aku ni pun Allah tak pernah tolak tepi dan masih makbulkan permintaan kecil aku.
Jadinya untuk kesekian kali, hambaMu ini ingin memanjatkan syukur padaMu ya Allah. Terima kasih kerana masih menyayangi aku.
Apalah sangat cinta aku yang terputus tu bila nak dibandingkan dengan sayangnya Allah pada hambaNya.

Thursday, June 12, 2014
Hidup
Aku telah sampai ke satu tahap hidup dimana aku mahu ia berada di garis plateau. Dimana aku akan dikelilingi oleh orang-orang yang sama, menjalani hidup yang lebih atau kurang sama setiap hari. Tiada apa-apa yang dinamik. Kiranya, aku mahu terusan merasa bahagia bersama orang-orang di sekeliling aku itu. Kalau ada pun kecewa, biarlah kecewa yang kecil-kecil sahaja, kemudian hidup kembali seperti biasa.
Aku tidak mahu perubahan. Aku tidak mahu ada yang baru datang atau yang sudah ada pula pergi. Aku mahu semua berada di paksi masing-masing. Berputar pada tempatnya, tidak menjengah ke paksi yang lain.
Tapi itu cuma apa yang aku mahu.
Hidup. Mana mungkin kehidupan itu terus-terusan sahaja sama. Yang ada akan hilang, yang tiada akan muncul mendatang. Dan sekali-sekala diberi kejutan dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka.
Aku sedar kini aku sedang di fasa perubahan. Satu demi satu orang di sekeliling aku mulai menapak ke alam yang baru, dan sudah tentu langkah itu telahpun menjarakkan hubungan yang pernah kami ada dulu. Kalau dulu hidup aku yang kekurangan ini diisi dengan kasih sayang dari kawan-kawan sekeliling, kini aku dapat rasakan kekurangan itu sudah kembali berada di tempatnya, kembali tidak berisi. Jadinya aku kembali ditinggalkan dengan lompongan-lompongan kecil di hati.
Sudah berapa kali aku memperingati diri aku, hidup ini sebenarnya memang menyendiri. Dan mereka-mereka di sekeliling aku itu bukanlah untuk terus kekal di sisi aku selama-lamanya.
Mereka semua akan pergi.

Thursday, June 5, 2014
Jodoh
Pernah suatu masa dahulu aku ditemukan dengan seorang lelaki yang baik hati, yang selalu menjaga kebajikan aku, yang sopan tutur katanya. Sungguh, baik orangnya. Sehingga hati kecil ini mula berbisik "barangkali inilah jodoh kamu".
Dan aku, menjadi seorang aku yang suka berterus-terang dan mahukan kepastian, aku bertanya pada lelaki itu. Pernah dia terfikir bagaimana agaknya jika jodoh kita adalah untuk masing-masing? Dan si dia tidak menolak, cuma tersenyum dan berkata "kita serahkan saja kepada Tuhan".
Jadi mulai malam itu, aku mahukan kepastian dari Tuhan. Aku mohon padaNya untuk didekatkan hati kami sekiranya benar jodoh kami adalah untuk bersama, dan aku mohon untuk dijauhkan dari sebarang perasaan yang tidak sepatutnya ada sekiranya dia bukan untuk aku.
Dan cuma selang beberapa hari selepas itu, kami bertengkar akibat sebab yang kecil. Mungkin juga berpunca dari baran darah muda seorang aku, kata-kata aku telah menyebabkan hatinya amat terguris dan kami mula mengambil haluan masing-masing.
Sungguh, Tuhan itu cuma mahu kamu minta pada Dia. Mintalah. Dia Maha Mendengar.
Thursday, May 29, 2014
kadang-kadang rasa nak membebel. kasi can lah
Sebenarnya ada satu masa aku jadi rimas tengok orang bercinta sebelum kahwin ni, sebab aku rasa orang bercinta ni hipokrit.
Contoh situasi macam ni. Tapi ni kira situasi bodoh-bodoh jela aku bagi. Ada orang ajak kau masuk choir untuk pertandingan kolej misalnya. Mula-mula kau setuju, tapi lepas tu tiba-tiba kau kata kau nak tarik diri. Alasannya, kau dah taknak menyanyi depan orang ramai ni. Suara kan aurat. Bagus lah. (walaupun sebenarnya kau tarik diri sebab boyfriend kau tak bagi) Tapi setiap malam kau bergayut dengan boyfriend, suara manja-manja, siap nyanyi-nyanyi dekat dia, tiba-tiba suara dah tak aurat ke?
Memang aku tak faham, sebab aku kan single. Mana nak faham perasaan orang bercinta ni.
Tapi bagi aku, cubalah bertahan. Selagi dia belum suami kau, dia belum isteri kau, tak perlu kot nak bercinta lebih-lebih. Ni belum kahwin dah kena delete Instagram Twitter Facebook apa semua sebab boyfriend jealous. Eh susahlah macam tu.
Tiba-tiba macam garang pulak hari ni. Mungkin sebab baru lepas tengok 500 Days of Summer? Aku benci Summer. Dia buat-buat innocent macam dia tak bersalah padahal memang sepanjang masa dia yang salah. Tak baik tau mempermainkan perasaan orang!
Sunday, May 18, 2014
sejahtera
Mungkin ada antara kita yang memandang rendah tugas seorang pengawal, dan terlalu mengangkat tinggi seseorang yang berpangkat doktor.
Tapi tahukah anda, setiap manusia yang melalui pengawal tersebut, setiap dari mereka mendoakan kesejahteraan pengawal itu, yang sentiasa membalas dengan mendoakan mereka kembali sambil tersenyum ikhlas.
Dan tahukah anda, itu lebih baik daripada menjadi seorang doktor, yang di setiap bunyi langkahnya hanya menimbulkan rasa benci, dan setiap kata-katanya juga penuh benci, maka hanya perkataan-perkataan benci yang diucapkan orang sekelilingnya untuk dia?
Nauzubillahiminzalik. Semoga sejahtera kita semua.
Saturday, May 17, 2014
Bintang
Dalam keramaian bintang di langit tinggi
Meriah menyinari malam sunyi
Aku ini bintang yang paling kecil
Di sudut yang paling tepi.
Bersinar,
Tapi tiada mata yang memerhati.
Meriah menyinari malam sunyi
Aku ini bintang yang paling kecil
Di sudut yang paling tepi.
Bersinar,
Tapi tiada mata yang memerhati.
Friday, May 16, 2014
walau secantik mana
Sebenarnya sudah dua jam aku di sini, di hadapan laptop cuba untuk menceritakan sesuatu di sini. Sebenarnya sudah ada satu cerita yang aku sampaikan sehingga ke separuh muka, tapi kemudiannya aku rasa canggung lalu aku padamkan semua. Sebenarnya aku sudah 3 hari cuba untuk menulis sesuatu disini.
Sebenarnya pada awalnya aku mahu berhenti bercerita soal perasaan, tapi apakah penulisan jika tiada perasaannya?
Jadi jika mahu diceritakan soal perasaan, perasaan aku itu sekarang adalah celaru. Tapi kecelaruannya sudah sedikit berkurangan jika mahu dibandingkan dengan kecelaruan pada hari Selasa yang lalu.
Jadinya apa yang sudah berlaku pada hari Selasa yang lalu?
Sebenarnya tiada apa pun yang baru. Cuma kehidupan. Kehidupan yang kadangkala kita lupa, bukan kita yang aturkan. Secantik mana pun kita rasa rancangan kita itu, kita masih tidak punya kuasa untuk melaksanakannya jika tanpa ada Dia. Jadinya jika Dia kata tidak, maka tidaklah jadinya, walau secantik mana pun perancangan kita.
Walau secantik mana.
Tapi sebagai seorang manusia aku berhak merasa kecewa. Kerana kecewa itu satu perasaan yg Dia sendiri beri, supaya aku belajar erti hidup. Cumanya perasaan kecewa itu sampai mana aku bawa. Jika aku kecewa jatuh terluka sehingga diri aku terabai maka bodohlah aku. Jadinya sekarang aku cuba untuk membawa kekecewaan aku itu, menjadi sesuatu untuk membangkitkan perasaan aku. Untuk kembali menikmati hidup.
Kalau kau juga sedang merasa yang sama, aku pohon kita sama-sama kuat. Semoga hikmah di sebalik perancangan kita yang gagal itu, akan kita dapat tahu dalam masa yang singkat ini.

Tuesday, April 1, 2014
bunyi
" Kalau jantung bunyi sebenar lub dup lub dup,
Dup dap dup dap ni pula bunyi apa? "
"Itu bunyi saya yang sedang mengetuk pintu hati awak"
Subscribe to:
Posts (Atom)