Sebenarnya sudah dua jam aku di sini, di hadapan laptop cuba untuk menceritakan sesuatu di sini. Sebenarnya sudah ada satu cerita yang aku sampaikan sehingga ke separuh muka, tapi kemudiannya aku rasa canggung lalu aku padamkan semua. Sebenarnya aku sudah 3 hari cuba untuk menulis sesuatu disini.
Sebenarnya pada awalnya aku mahu berhenti bercerita soal perasaan, tapi apakah penulisan jika tiada perasaannya?
Jadi jika mahu diceritakan soal perasaan, perasaan aku itu sekarang adalah celaru. Tapi kecelaruannya sudah sedikit berkurangan jika mahu dibandingkan dengan kecelaruan pada hari Selasa yang lalu.
Jadinya apa yang sudah berlaku pada hari Selasa yang lalu?
Sebenarnya tiada apa pun yang baru. Cuma kehidupan. Kehidupan yang kadangkala kita lupa, bukan kita yang aturkan. Secantik mana pun kita rasa rancangan kita itu, kita masih tidak punya kuasa untuk melaksanakannya jika tanpa ada Dia. Jadinya jika Dia kata tidak, maka tidaklah jadinya, walau secantik mana pun perancangan kita.
Walau secantik mana.
Tapi sebagai seorang manusia aku berhak merasa kecewa. Kerana kecewa itu satu perasaan yg Dia sendiri beri, supaya aku belajar erti hidup. Cumanya perasaan kecewa itu sampai mana aku bawa. Jika aku kecewa jatuh terluka sehingga diri aku terabai maka bodohlah aku. Jadinya sekarang aku cuba untuk membawa kekecewaan aku itu, menjadi sesuatu untuk membangkitkan perasaan aku. Untuk kembali menikmati hidup.
Kalau kau juga sedang merasa yang sama, aku pohon kita sama-sama kuat. Semoga hikmah di sebalik perancangan kita yang gagal itu, akan kita dapat tahu dalam masa yang singkat ini.
kadang kadang merasa kecewa itu membawa kita kepada berfikir dan akhirnya bisa bawa kita bertemu dengan diri sendiri. jadi hayati!
ReplyDeletetu lah. tengah hayati lah ni. hee. thanks hafeez darraji!
Delete