Saturday, November 21, 2015

Catatan dari balik awan



Dari balik kaca bujur, menung ku jauh merentas awanan. Keberangkatanku kali ini lebih dari sekadar, kerana ia seiring dengan pengakhiran kita. Tangisku kering, hatiku mati. Barangkali hidupku akan terusan begini tanpa kamu. Langit cerah bertukar tona senja, malam pun tiba. Langit terusan berubah, hari pun terusan berganti dan kamu, memilih untuk terus sahaja pergi. Malam itu bulan menatap terus ke mataku, barangkali cuba menenangkan, atau seperti hari-hari yang lain cuma menjadi teman. Bintang malam itu hilang kerdipnya, barangkali malu, atau sendu meraikan aku. Dan dari beribu kaki tinggi ini aku renung laut biru. Perlahan-lahan, cebisan kamu yang masih tersisa di hati ini aku jatuhkan menuju ke dasar lautan yang paling dalam. Seperti tahun-tahun hubungan kita yang telah terbazirkan, jarak kita aku panjangkan, pintu hatiku lantas ditutupkan. Jangan-jangan, itu yang aku perlu, untuk tidak lagi hidup dengan bayanganmu, untuk terus mengenyah kenanganmu. Langit masih gelap saat aku menutup mataku melupakanmu, dan barangkali, akan terusan gelap saat kelak terjagaku. 



(edited version from Catatan dari balik awan dari blog TanpaNama)

No comments:

Post a Comment