Thursday, May 29, 2014

kadang-kadang rasa nak membebel. kasi can lah

Sebenarnya ada satu masa aku jadi rimas tengok orang bercinta sebelum kahwin ni, sebab aku rasa orang bercinta ni hipokrit.

Contoh situasi macam ni. Tapi ni kira situasi bodoh-bodoh jela aku bagi. Ada orang ajak kau masuk choir untuk pertandingan kolej misalnya. Mula-mula kau setuju, tapi lepas tu tiba-tiba kau kata kau nak tarik diri. Alasannya, kau dah taknak menyanyi depan orang ramai ni. Suara kan aurat. Bagus lah. (walaupun sebenarnya kau tarik diri sebab boyfriend kau tak bagi) Tapi setiap malam kau bergayut dengan boyfriend, suara manja-manja, siap nyanyi-nyanyi dekat dia, tiba-tiba suara dah tak aurat ke?

Memang aku tak faham, sebab aku kan single. Mana nak faham perasaan orang bercinta ni.

Tapi bagi aku, cubalah bertahan. Selagi dia belum suami kau, dia belum isteri kau, tak perlu kot nak bercinta lebih-lebih. Ni belum kahwin dah kena delete Instagram Twitter Facebook apa semua sebab boyfriend jealous. Eh susahlah macam tu. 

Tiba-tiba macam garang pulak hari ni. Mungkin sebab baru lepas tengok 500 Days of Summer? Aku benci Summer. Dia buat-buat innocent macam dia tak bersalah padahal memang sepanjang masa dia yang salah. Tak baik tau mempermainkan perasaan orang! 

Sunday, May 25, 2014

cuba

Untuk menulis sesuatu yang gembira tatkala hati sedang bersedih adalah sukar.
Lebih sukar dari mengukir senyuman ketika hati sedang menangis.
Lebih sukar dari ketawa tanpa memahami tentang lawak yang baru disampaikan.
Lebih sukar dari dari menyuap makanan ketika selera tiada.

Aku mahu berhenti menulis tentang kesedihan tetapi tiada kegembiraan yang datang mengunjungi aku buat masa ini.

Atau apakah harus aku mencari di manakah kegembiraan untukku itu sedang bersembunyi?

Apa ia ada di sebalik air mata yang belum berjaya aku seka?

Friday, May 23, 2014

aku silap saat aku kenal kamu

Aku silap
Saat aku kenal kamu aku tulis terus nama kamu
dalam hati aku
di sudut paling dalam
yang sukar untuk aku korek gali untuk buang kembali
Aku silap
Saat aku kenal kamu aku tulis terus nama kamu
di sudut atas bibir kerana aku sangka ketawa yang akan kamu bawa
Aku silap
Saat aku kenal kamu aku tulis terus nama kamu
guna dakwat kekal
hingga tiada apa bisa aku lakukan untuk memadamnya kembali


Aku silap
Saat aku kenal kamu aku tulis terus nama kamu
dan aku ukir sehingga berdarah pekat
dan ukiran itu, sampai bila-bila akan kekal di situ.

Sunday, May 18, 2014

sejahtera

Mungkin ada antara kita yang memandang rendah tugas seorang pengawal, dan terlalu mengangkat tinggi seseorang yang berpangkat doktor.

Tapi tahukah anda, setiap manusia yang melalui pengawal tersebut, setiap dari mereka mendoakan kesejahteraan pengawal itu, yang sentiasa membalas dengan mendoakan mereka kembali sambil tersenyum ikhlas. 

Dan tahukah anda, itu lebih baik daripada menjadi seorang doktor, yang di setiap bunyi langkahnya hanya menimbulkan rasa benci, dan setiap kata-katanya juga penuh benci, maka hanya perkataan-perkataan benci yang diucapkan orang sekelilingnya untuk dia?

Nauzubillahiminzalik. Semoga sejahtera kita semua.

Saturday, May 17, 2014

Bintang

Dalam keramaian bintang di langit tinggi
Meriah menyinari malam sunyi
Aku ini bintang yang paling kecil
Di sudut yang paling tepi.
Bersinar,
Tapi tiada mata yang memerhati.

Friday, May 16, 2014

walau secantik mana

Sebenarnya sudah dua jam aku di sini, di hadapan laptop cuba untuk menceritakan sesuatu di sini. Sebenarnya sudah ada satu cerita yang aku sampaikan sehingga ke separuh muka, tapi kemudiannya aku rasa canggung lalu aku padamkan semua. Sebenarnya aku sudah 3 hari cuba untuk menulis sesuatu disini.


Sebenarnya pada awalnya aku mahu berhenti bercerita soal perasaan, tapi apakah penulisan jika tiada perasaannya?


Jadi jika mahu diceritakan soal perasaan, perasaan aku itu sekarang adalah celaru. Tapi kecelaruannya sudah sedikit berkurangan jika mahu dibandingkan dengan kecelaruan pada hari Selasa yang lalu.


Jadinya apa yang sudah berlaku pada hari Selasa yang lalu?


Sebenarnya tiada apa pun yang baru. Cuma kehidupan. Kehidupan yang kadangkala kita lupa, bukan kita yang aturkan. Secantik mana pun kita rasa rancangan kita itu, kita masih tidak punya kuasa untuk melaksanakannya jika tanpa ada Dia. Jadinya jika Dia kata tidak, maka tidaklah jadinya, walau secantik mana pun perancangan kita.


Walau secantik mana.


Tapi sebagai seorang manusia aku berhak merasa kecewa. Kerana kecewa itu satu perasaan yg Dia sendiri beri, supaya aku belajar erti hidup. Cumanya perasaan kecewa itu sampai mana aku bawa. Jika aku kecewa jatuh terluka sehingga diri aku terabai maka bodohlah aku. Jadinya sekarang aku cuba untuk membawa kekecewaan aku itu, menjadi sesuatu untuk membangkitkan perasaan aku. Untuk kembali menikmati hidup.


Kalau kau juga sedang merasa yang sama, aku pohon kita sama-sama kuat. Semoga hikmah di sebalik perancangan kita yang gagal itu, akan kita dapat tahu dalam masa yang singkat ini.