Tuesday, April 8, 2014

Pilih

Bagaimana caranya untuk memilih?

Setelah ditimbang tara semuanya, dibuang yang buruk dan dipilih yang cantik. Dihidu yang wangi dicampak yang tengik. Diusap yang berseri dibuang yang kusam. Dipeluk yang sihat dijauhkan yang sakit.

Dan masih perlu memilih.

Ada yang akan kata "gunalah hati."

Tapi bukankah sifat hati itu berbolak-balik? Jadi bagaimana mahu memilih yang terbaik jika sekejap-sekejap hati itu mula merunsingkan?

Apakah definisi terbaik itu sebenarnya? Adakah yang nampak cantik di mata kamu, atau yang akan kelihatan cantik di mata yang lain juga?

Aku sudah pun memilih. Sekarang persoalannya, adakah yang dipilih itu juga akan memilih kita? Adakah kita sama cantik wangi berseri dan sihat sepertinya dia di mata kita?

1 comment:

  1. http://bit.ly/1ndM2aO

    segalanya telah dirancang tuhan, usah gundah atau galau.

    ReplyDelete