Wednesday, April 30, 2014

Satu

Aku telah hilang dalam keramaian
Disesaki bau nikotin dan debu kotaraya
Pandangan aku dikaburkan dengan hamparan dunia
Langkah aku dibantutkan dengan lopak-lopak air hitam yang busuk
Sehingga datang satu susuk yang kelilingnya ada cahaya
Menyuruh aku mendongak ke langit
Lalu mengangkat kaki ini dari jalan yang kotor dan sempit tadi
Ia membawa aku ke satu tamadun peradaban yang lebih tenang
Yang tiada hiruk pikuk
Cuma ada
Kau.
Dia.

Di dalam bait bait manis aku tersedar
yang kini
Aku sudah jatuh cinta.

Tuesday, April 8, 2014

Pilih

Bagaimana caranya untuk memilih?

Setelah ditimbang tara semuanya, dibuang yang buruk dan dipilih yang cantik. Dihidu yang wangi dicampak yang tengik. Diusap yang berseri dibuang yang kusam. Dipeluk yang sihat dijauhkan yang sakit.

Dan masih perlu memilih.

Ada yang akan kata "gunalah hati."

Tapi bukankah sifat hati itu berbolak-balik? Jadi bagaimana mahu memilih yang terbaik jika sekejap-sekejap hati itu mula merunsingkan?

Apakah definisi terbaik itu sebenarnya? Adakah yang nampak cantik di mata kamu, atau yang akan kelihatan cantik di mata yang lain juga?

Aku sudah pun memilih. Sekarang persoalannya, adakah yang dipilih itu juga akan memilih kita? Adakah kita sama cantik wangi berseri dan sihat sepertinya dia di mata kita?

Tuesday, April 1, 2014

bunyi



" Kalau jantung bunyi sebenar lub dup lub dup,
Dup dap dup dap ni pula bunyi apa? "
                                                         








                             "Itu bunyi saya yang sedang mengetuk pintu hati awak"