Sunday, March 30, 2014

self reminder

mungkin kau lupa
tiupnya angin 
mekarnya bunga
tebalnya cinta
ombak yang tinggi
warna warni pelangi
berputarnya bumi

datang dari Dia

jadi kenapa, tiada terima kasih darimu untukNya?

Tuesday, March 18, 2014

cinta

Cuba bayangkan jika satu dunia sedang bercinta
Sang semut dengan pintu
Meja bulat dengan basikal
Beruang panda dengan kerusi
Berus gigi dengan kereta
Cuba bayangkan jika satu dunia sedang bercinta
Cinta yang sedang kuat dan penuh kasih sayang
Cinta yang menyelam paling dalam dan terbang yang paling tinggi
Cinta yang saling melengkapi

Aku yakin, pasti cinta aku adalah dengan puisi-puisi.

Monday, March 17, 2014

bulan

aku sang bulan yang sering dipuji
kerana cahaya aku yang menerangi malam hari
sinarnya menerangi lorong-lorong gelap
sinarnya menyinar hati si dia yang malap
tapi mereka tidak tahu
aku sang bulan jika dilihat dari dekat
yang ada cuma kawah-kawah dan debu likat
aku tiada cahaya
aku cuma ada matahari di sebaliknya

terima kasih sang mentari
kau beri aku peluang bersinar di malam hari

Sunday, March 16, 2014

kisah kau dan aku

Kisah Kau dan Aku I


hari ni terbangun lewat lagi. haih. tapi, takde lah lewat sgt.. nasib baik. baju pon tak gosok lagi. phew. bukak almari, haaa ada lah baju tk pyh gosok..my saviourrr..hihi. baju kurung tak pyh gosok mmg FTW! hewhew..mandi, makan roti sekeping, n then yosh im off to class.

sejuk baq hanggg..ni malas nak jalan ni..lalu saya pon,tahan lah teksi. "mushtashfa gamaah?" pakcik teksi pon angguk..dan, bermulalah perjalanan ke hospital universiti..after 5 mins, n i almost reach my destination........

and that's when i saw you, at the side of the street. dari jauh pon dah boleh kenal awak. saye kenal back pack hijau awak tu. saya kenal jacket putih awak tu. dan saya tau rambut awak tu. yeay jumpa awak lagi! hihi..dalam teksi dah sibuk betul2kan tudung. yelah, nmpk macam kita nk menghala tempat sama je hihi..

saya tak kenal pon awk. tapi, selalu nmpk. dulu, nama awak pon saya tak tau. cari dekat facebook apa semua tak jumpa. haih misteri. ye, awak sangat misteri. dan kemisterian itulah yg buat saya lebih tertanya-tanya pasal awak. teringat kali pertama nampak awak, betul2 depan bangunan rumah saya, and i accidentaly stares at you for like 10 seconds..haha..lepas tu malu sndiri :3 tak sengaja. org kata cinta pandang  pertama, haha ee mengadanya :p awak pulak, muka straight je. takde perasaan. haha. mmg mcm tu lah trademark awak. pernah sekali kita ada dalam satu kedai makan yg sama. awak dgn kawan2 awak, adelah 7 orang kot semua.meja sebelah sebelah je. tapi serious, suara awak pon saya tak dgr. saya cuma nmpk awak senyum je. haih. cair... :P satu hari tu. awak lalu lagi depan rumah.kebetulan masa tu, saya dengan kwn saya, yg kebetulan satu batch awak...bila awak dah jauh sikit, saya pon tanya kawan saya tu, eh apa nama awak eh?........

" Yusuf "

saya senyum, dan semenjak hari itu,nama awak terus melekat dalam hati saya :)

-----------------------------------------------------------------------------

" aku serious tak paham lecture tadi weh. aku tengok budak lain pon dah tersengguk-sengguk dah.haha "

bebel member aku kat sebelah. tapi serious, aku pon tak paham lecture tadi. kejap cite lain, pastu cite lain. haih. tapi nak buat mcm mana kan. terima jelahhh. harini kelas penuh lagi, sampai pukul 3. sekarang dah pukul 10, so kitorang pon berjalan la pergi hospital kat sebelah, clinical training pon start 10.30 kan..so,rileks je jalan, sambil hirup udara pagi. sambil borak2 dengan teman seperjuangan. dan pagi ini, cuaca sangat cantik. matahari ada, tapi tak terik. angin pon bertiup sepoi sepoi bahasa. a very nice weather to have a walk :)

aku terlihat sebuah teksi berhenti di hadapan gate hospital. entah kenapa aku tertarik untuk melihat kelibat yg keluar dari teksi tersebut. dan kemudian, aku lihat kau. gadis sneakers toms berwarna merah. ahh harini, kau pkai kasut tu lagi. dan kau pakai baju kurung. comel. :)

siapa tak kenal kau. Hani. kira famous juga lah. selalu jadi exco persatuan. nama kau terpampang sini sana. baguslah, muda2 dah pandai pikul tanggungjawab. senang kalau jadi bini aku nanti. eh, haha. manalah tau ada jodoh kan. hehe. terus terang, hati aku tertarik dgn dia semenjak pertama kali aku tengok dia. Cumanya, sampai sekarang aku masih belum ada kekuatan utk mendekati dia. Aku lihat dia turun dari teksi tu, lalu membetulkan kain tudungnya. Ah. Kau comel tahu tak? Aku pernah terdengar dia berborak dgn kawan2 dia ketika kami kebetulan makan di kedai yang sama. Aku suka suaranya. Dan dari situ aku tahu, kau mmg kelakar Hani. Aku suka gadis yg periang macam kau. Boleh la counter dengan aku yg pendiam ni. Saling melengkapi lah katekan. Hahaha. Hish boleh tahan aku nih berangan. Haih,


Mungkin suatu hari nanti, aku akan cuba mendekati kau Hani. InsyaAllah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah Kau dan Aku II


aku merenung siling sambil berbaring di atas katil, melepaskan lelah habis kelas hari ini. walaupun hari ini terasa sangat panjang, namun aku masih mampu tersenyum. tersenyum memikirkan kerenah kau pagi tadi.

ya, Hani. aku dah berjaya mendekati dia. memang selalu ternampak dia pagi-pagi ketika pergi kelas. tapi tadi akhirnya aku berpeluang untuk bercakap dengannya. terasa kelakar pula bila teringat riak wajahnya bila aku menyapanya. kebetulan, kami berdua hendak melintas jalan. dia sedang khusyuk memandang ke kiri jalan, menunggu masa untuk melintas. aku yang baru tiba ke tepi jalan, berada di tepinya. biasalah jalan pagi-pagi, kereta penuh. macam takut-takut sahaja dia hendak melintas, lalu, bila aku tengok jalan semacam dah clear sket, aku pon bersuara "jom..".. terkejut dia. lalu kami pon melintas jalan bersama-sama.. dapat lah jugak borak sepatah dua. haih, comel betul lah dia. asyik tersenyum saja. ahh. indahnya kalau hari-hari aku sentiasa dipenuhi dengan kamu, Hani...  

1st step is done. :)

-----------------------------------------------------------------------------------

 semenjak dua menjak ni, terasa diri semakin rajin pergi kelas. bangun awal, buat breakfast, sambil baca-baca nota dulu sebelum pergi. sebelum ni, asyik tersedap je tidur sampai tak bangun pagi. huhu. alah, saya pon manusia biasa. ada khilaf sana sini. tapi alhamdulillah saya dapat atasi semua tu sekarang. mungkin atas kesedaran diri sendiri, tapi, mungkin jugak kerana, 8.40 am. ihiks. tak salah rasanya kalau ada pemangkin untuk pergi kelas hari hari kan? setiap pagi, kalau saya keluar rumah pukul 8.40am, saya mesti nampak dia. siapa lagi, Yusuf lah. :) punctual sangat dia, jarang lah lewat. yang selalu lewat tu saya. haha. yelah kadang-kadang lecturer pon datang pukul 9.30, walaupun kelas patut mula pukul 9, jadi saya pon keluar la lewat sikit sambil jalan menikmati angin pagi :D tapi kalau saya keluar pukul 8.40am, saya mesti akan nampak dia.

tapi pagi ni, saya tak nampak pulak dia. hurm takpelah. mungkin saya yg terlewat turun dari rumah hari ni. saya pon menggagahkan diri menempuh angin pagi, berjalan menuju ke kelas. sampai ke jalan besar, punyalah banyak kereta. bas la, van lah. tiba-tiba rasa seriau pulak nak lintas. tengah khusyuk tunggu jalan clear, tiba-tiba dengar suara dari sebelah " Jom.." ni arab mana pulak cakap melayu ni, terus saya berpaling ke arah suara tersebut. guess who? YUSUF!!!!!!!!!

ya Allah, tuhan saja tau betapa terkejutnya dengan sapaan itu. rasa macam jantung tu jatuh kat tanah kejap pon ada! tapi terkejut-terkejut pon nasib baik kaki ni elok je ikut dia melangkah lintas jalan.. rasa macam dreams came true! hikhik! sambil-sambil tu,tangan betul2kan tudung,manalah tau senget ke kan... heeee.. lepas tu, dia bersuara lagi
 " awak Hani kan? "

haih suara dia. muka dia. mata dia. senyuman dia. terasa tergamam sekejap tengok muka dia.. tapi saya cuba jugak untuk jawab soalan dia tu.....

" ye saya, mana awak tau? "

" haha. awak kan famous. mestilah saya tahu. by the way, saya Yusuf. selalu nampak awak jalan sorang-sorang pagi  macam ni "

" ohh. hai Yusuf. haha. yelah.. saya selalu nampak awak jugak! "

saya ketap bibir. alahai Haniiiii kenapalah jawab macam tu. bahaya lah! nanti kalau terkantoi macam mana. tapi saya dah cair dengan suara dia. sampai jawab pon menggigil ni ha. adoi kelakar betul lah Hani ni. kelam kabut macam mak nenek!

" ok Hani. nice to meet you. nanti, kita jumpa lagi ya? "

dan selepas itu, dia panjangkan sedikit langkahnya supaya berada di depan saya. alahai. alahai. terasa macam kaki tak pijak tanah dah ni. saya pandang sahaja dia di hadapan saya, sambil membayangkan dia berada di sebelah saya lagi. rasa macam mimpi. sekali sekala cubit lengan sendiri nak make sure bukan mimpi. he actually talk to me!!!!!! :3

ok Yusuf, semoga kita berjumpa lagi, dan lagi, dan lagi..... :):)






(Taken from my last blog. Never had the chance to finish this story haha!)

Saturday, March 15, 2014

angin







Jika benar angin itu adalah perkhabaran rindu,
Maka jutaan telah ku terima
menampar pipiku
merangkul pinggangku.



Tapi kenapa aku masih berduka?









Wednesday, March 12, 2014

Rasa mereka

Kenapa kau suka menulis?

Kerana aku suka apabila apa yang aku cuba sampaikan itu dibaca. Kerana aku puas setiap kali aku berjaya menyusun kata-kata. Kerana aku percaya tulisan itu berjaya mengubah dunia. Dunia kecil seseorang insan di luar sana. Aku suka apabila setiap kali tulisan aku itu berjaya menyentuh hati seseorang di luar sana. Aku puas apabila tulisan aku diberikan perhatian, bisa membuat sesorang yang membacanya tidak mahu lekang dari nota-nota aku. Aku punya banyak benda untuk bicara, dan tulisan itu bisa sampai ke seluruh pelusuk dunia, aku pasti.

Kau pula, kau suka apa?

Aku suka membaca. Aku suka melihat. Aku suka merasa kagum dengan benda-benda di sekeliling aku. Aku suka untuk mengetahui benda-benda yang aku tidak tahu. Aku suka melihat ragam manusia, kerana bagi aku setiap manusia itu unik. Aku suka melihat bintang. Taburan bintang di langit itu seolah-olah cuba mengukirkan sebuah karya yang cukup indah. Aku suka merenung bulan, merenung pantai. Mereka bikin aku tenang. Warna mereka seperti bisa membelai jiwa aku untuk menarik nafas perlahan dan menikmati momen itu.

Kamu pula? Kenapa kamu diam saja?

Aku lebih suka untuk diam, walau pada awalnya aku bukanlah begini. Aku sebenarnya suka bercerita, tetapi entah kenapa aku rasa tiada yang mahu mendengar cerita aku. Jadi lebih baik aku diamkan saja. Aku diam kerana aku rasa aku tidak punya bicara yang bijak untuk aku katakan, aku tidak punya keyakinan untuk berucap dengan kelancaran. Jadi, aku diam. Aku diam kerana aku tidak mahu melukakan hati sesiapa, terutama mereka yang mudah tersinggung hatinya. Aku diam, kerana aku, tidak punya apa untuk dibicara lagi. Cukup lah kalau aku diam, dan aku cuma bisikkan pada hati.

Hati, kau bagaimana?

Aku lelah. Terlalu banyak yang aku tempuh. Terlalu banyak rahsia yang aku tanggung. Terlalu banyak cinta yang telah gugur. Tapi aku masih bisa lagi, untuk terus hidup begini. Aku diberitahu bahawa aku ini kuat. Jadi aku harus buktikan yang aku kuat. Aku mampu untuk teruskan lagi, walaupun kadangkala terasa seperti lelah, aku rela teruskan. Aku mesti teruskan! Aku tidak mahu mengalah. Kerana aku suka berjuang, dan aku, adalah pejuang.


(menyahut cabaran Creative Tuesday utk Zine Paracetamol)