Wednesday, January 8, 2014

Kisah di Suatu Pagi





Pagi ini aku bangun dengan perasaan yang indah. Selesai Subuh, aku duduk di hadapan meja dan menanda pangkah di kalendar sebagai tanda hari baru sudah bermula.


"Ah, makan dulu lah" bisik hati kecilku.


Aku bangun dan bingkas ke dapur dan membuka peti sejuk sambil mencari ilham makanan apa untuk dimakan. Orang kata pagi-pagi elok makan sedap-sedap, barulah boleh jalani hidup dengan gembira. Setelah setengah jam di dapur menyiapkan nasi goreng kampung, aku kembali ke meja.


"Hish, tak biasa la study sambil makan, bukak series lah"


Pagi ini aku mulakan dengan nasi goreng kampung dan satu episode Merlin season 3. Aku rasa aku sudah cukup bersedia untuk study.


"Bismillahirrahmanirrahim..."


Helaian pertama buku Neurosurgery sudah aku buka. Tiba-tiba tekak terasa dahaga pula. Aku pun ke dapur dan membancuh air kopi konon-konon taknak mengantuk, dan aku kembali menelaah Neurosurgery, sambil mencatat sedikit nota-nota penting di kertas yang lain.


"Intracerebral hemorrhage, 60% occur in the basal ganglia/thalamic region"
"Aiseh 70% lah. Liquid, liquid"


Sambil menunggu liquid kering, aku pun membaca status rakan-rakan di Twitter dan Facebook.


"Kemain nak ada Hard Rock Café versi islamik dekat Putrajaya. Kahkah nanti dia serve nasi arab dengan Barbican pun bolehh!"


Tahu-tahu sudah 15 minit aku habiskan di twitter. Alamak lagho ni, aku kembali menyambung notaku. Tiba-tiba diuretic effect kopi pagi tadi sudah memberi kesan. Ah, alang-alang nak pergi tandas ni baik aku pergi mandi terus ni. Baju pun tak basuh lagi, oh boleh la basuh sekali. Macam best pulak mandi, air panas harini macam sedap-sedap je pulak. Hmm baju ni nak kena rendam dulu ni. Ok lah rendam dulu, yang lain boleh masuk mesin.


Jadi aku sudah mandi, perut masih kenyang, aku perlu kembali membuat nota. Maaf, aku salah. Sesungguhnya aku sudah kembali lapar. Aku pun mencari biskut di dapur. Eh ada strawberi pula, ha cuci lah 3-4 biji, potong elok-elok. Strawberi ni makan dengan coklat sedap juga ni. Hmmm. Aku kembali semula ke meja, prinsipnya masa makan tak biasa study, ah bukak youtube lah kejap. Aku terjumpa konsert The Corrs Unplugged. Ini sangat best! Kemudian aku dengar bunyi mesin basuh sudah berhenti, oh kena pergi jemur sekarang ni tengah sedang elok cuaca hari ini.


Tiba-tiba kedengaran azan Zohor...


Ah, aku bukak facebook kejaplah. Nak cerita pasal pagi ni..........................




Ya rabb. Permudahkanlah.


p/s: good luck exam semua! :)


menyahut cabaran tema #Procastination untuk Creative Tuesday oleh ZineParacetamol di FB

Sunday, January 5, 2014

2014

" Dunia belum berakhir, bila kau putuskan akuuuuu."
" Ku pikir-pikir lelaaaaaaaahhh ooooohhhhh"

Bersungguh-sungguh Timah menyanyikan lagu Shaden tersebut sambil sebelah tangan memegang sikat, sebelah tangan lagi menggenggam di sisi dan kedua-dua kaki melutut di lantai. Nafas panjang-panjang ditariknya, suara kuat-kuat dilontarnya.

Timah sudah nekad bahawa tahun ini, dia perlu teruskan hidupnya tanpa lelaki di sisi. Timah sudah letih menanggung kesedihan akibat lelaki. No man no cry kata Timah.

" Hoi Timah, kau putus cinta ke apa? Bukan ke kau tak pernah ada boyfriend?"

Potong stim betul si Nani ni.

Dia tak tau ke Zain Saidin dengan Rozita Che Wan dah kahwin???? Timah simpan geram, lalu kembali ke hadapan cermin dan menyikat rambutnya yang masih basah.
















2014 tahun move on katanya. Semoga tabah.